Sunday, August 29, 2010

Aik, mana pi tilam ni?


Ni lah aksi-aksi tidur Aiman ... tak sangka lasak gak yer!!!

Aksi 1

Aksi 2
Aksi 3 .. alamak tilam dah lari le!

Sunday, August 22, 2010

Abah masuk hospital

Walid,

Abah di masukkan di Hospital Serdang sebab sakit dada pada hari Jumaat 19 Ogos 2010 untuk pemerhatian doktor pakar. Mungkin akan di tahan di hospital hingga hari Isnin nanti...

Banyak tiub dan wire tu!

Friday, August 20, 2010

"Ustaz Cilik"



Walid,

Gambar-gambar Aiman yang baru abah ambik. Dah ada rupa macam ustaz cilik dengan serban. ...... hehehhe








Friday, August 13, 2010

Merayau ke Alamanda

Saya telah ke Alamanda pada 8 Ogos dengan famili. Ramai orang di Alamanda dan semuanya sibuk shopping mungkin untuk persediaan puasa dan raya kot. Kami pi window shopping aje dan makan di Restaurant Chillies. Tapi Aiman masih tak bleh makan lagi ....  

Dalam pram
Banyak supply Aiman tu!

Wednesday, August 11, 2010

Rekod kesihatan Aiman

Walid, 

Saya kena injek dengan doktor pada 2 Ogos lepas sempena 1 bulan usia sebab itu arahan doktor. Kena ikut arahan  tarikh dan jenis suntikan/immunisasi seperti mana yang ada dalam buku rekod kesihatan saya tu. Ini lah gambar buku tu...

Rekod kesihatan Aiman
 

Ke Melaka

Hari ini (10 Ogos 2010) abah dan mak bawa Aiman ke Melaka untuk menziarah bibik Fatimah di hospital yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan. Sementara menunggu waktu melawat, kami sekeluarga ke Jaya Jusco.  Seronok gak jalan-jalan macam ni...


Bibik Fatimah di hospital

Macam tidur dalam buaian plak!



Friday, August 6, 2010

Walid! Ich bin rasiert

Walid......aiman dan cukur la...abah buat ngan mak semalam (4/08/10)...abah cukur kita ada ganas sikit la....sampai demam kita, nasib baik kejap jer demam...haaa...terror tak kita....pandai makan ubat tau.... 

Camni le rupa kita lepas di cukur ....

Botak pun masih hensem le!

Ada banyak lagi gambar-gambar Aiman botak di album....

Wednesday, August 4, 2010

Mein erster Monat

Walid, 

Gambar ni kan abah amik masa kita ngam-ngam satu bulan tau....pas tu kan mak ngan abah bawak kita gi enjet...sakit...tapi doktor tu pandai enjet laa, sakit nya sikit ajer....

kita pun tak demam pun...cuma doktor kata, kita kembong sikit, tu pasal ..... malu .... nak ... cakap.... boncit sikit la....hahaha...

Walid, jangan la risau, kita ok jer....


Genap sebulan usia ku

Tuesday, August 3, 2010

Outing ke Banting


 Walid! 

Kami outing ke Banting, lepas balik dari Johor...antar abang capiq balik KMS...penat tau...tapi kan sedap tido dalam aircond....

Walid! Meine Schlafzeit

Walid, pandai tak aiman cakap German...
hahahah....maknanya, my sleeping time....

Gaya tidor 1


Gaya tidor 2

Mandi Time

Walid,

Macam ni Aiman mandi..... Cuma guna besen aje sebab aiman masih kecik lagi. kalau dah besar nanti boleh mandi di swimming pool..
Sejukkkk

Sunday, August 1, 2010

Lawatan ke Ladang Ostrich Port Dickson

Ostrich Farm, Port Dickson
Bersama saudara mara

Aku telah berpeluang melawat Ladang Ostrich di Port Dickson bersama dengan saudara mara. Beruntung sungguh aku sebab dalam seusia aku 22 hari aku telah dapat melawat ladang burung Ostrich itu. Kalau di zaman dulu, tiga bulan pun masih belum dapat keluar rumah kecuali untuk berjumpa doktor sahaja. 

Tapi suasana masa itu agak panas sedikit dan bila ada jumpa bangku untuk berihat, kami semua duduk sehingga terlena dibuatnya dengan angin sepoi-sepoi yang datang dari pantai tu.  

 
ostrich farm, Port Dickson
Alamak ganggu je orang nak tidur ni!

Selain ke Ladang Ostrich tu, aku telah juga berkesempatan ke pangsapuri keluarga di Port Dickson, berpeluang ke Seremban, Semenyih dan beberapa tempat lain. Sapa kata bayi tidak boleh dibawa berjalan-jalan...hehehehe ..

Ni di Hari ke 18

Best nya tidor!


Ini lah aku lena tidur setelah mandi dan dapat susu. Apa macam dengan cara tidor aku ini? Ada kawan Walid kata kalau tidur macam itu ikut sunnah nabi dan boleh dengar keadaan di syurga. Betul ke? Aku sendiri tidak tahu ..... macam mana le aku nak tahu sedangkan Walid sendiri tak pernah pun tahu akan bunyi keadaan di syurga.

Aku di hari ke 12

Ini lah aku selepas mandi dan sementara menunggu susu




Macam mana? Ada peluang atau tidak gamaknya untuk menjadi calun model bayi.... hehhehe..... Jangan marah terperasan plak sekejap! Tu gambar jauh, camna plak gambar yang di bawah ni?

Bleh berlakun tahu?

Hari Ke 7 Kelahiran

Di ganggu sewaktu tidor hingga terjaga


Ini lah aku semasa aku berusia tujuh (7) hari. Gambar ini di ambil semasa aku sedang tidor lena tapi terjaga juga kerana sensitif dengan sinaran cahaya flash camera. Hahahahhaa....