Tuesday, October 26, 2010

Aiman ke B5 Outlet Center

Papa bawa Aiman ke B5 Outlet Center untuk beli baju-baju tebal Aiman untuk keperluan musim sejuk yang bakal menjelang. Ini masih belum musim sejuk dan terasa sejuknya. Tak tahu lah macam mana di musim sejuk nanti. Khabarnya suhu boleh turun ke paras negatif 19 darjah Celcius pada bulan Januari dan Februari nanti. Kalau sejuk camtu, Aiman tak keluar rumah lah..... 




Friday, October 22, 2010

Selamat sampai rumah di Berlin


Setelah hampir 3 jam dengan cuaca yang mendung dan hujan, Aiman tiba di rumah papa pada jam 6 petang. tapi keadaan dah hampir gelap disebabkan ianya musim luruh jadi matahari cepat terbenam. Keseluruhan perjalanan dari Malaysia ke bumi Germany ini, Aiman ok aje. Sekarang ini Aiman kena menyesuaikan diri dengan keadaan di Germany ini terutama sekali dengan cuacanya yang asyik sejuk aje dan juga jauh dari mak dan saudara.... Nanti abah plak kena balik Malaysia. Tinggal lah Aiman dan papa aje ....... Tapi tak apa, dengan adanya internet, boleh selalu jumpa mak dan abah jugak nanti......


Thursday, October 21, 2010

Tiba di Hamburg

Aiman selamat sampai ke bumi Germany pada jam 1.30 tengahari 19 Oktober. Dalam penerbangan dari Dubai ke Hamburg, Aiman ok aje macam masa terbang dari KLIA ke Dubai. Tapi bila keluar aje dari kapalterbang dan belum sempat ke bahagian Imigresen Hamburg, Aiman terpaksa ke tandas ..... hehehee (mana boleh tahan lama-lama - dekat 7 jam simpan tu).

Alamaknya sejuk nya cuaca di Germany ni. Aiman kena pakai baju tebal-tebal untuk tahan sejuk. Naik lemas dibuatnya. Di Malaysia, Aiman tak perlu pakai baju-baju tebal macam ini.





Wednesday, October 20, 2010

Bermalam di Dubai

Papa mengaturkan untuk bermalam di Dubai sebab Aiman tak biasa terbang lama-lama. Ini kali pertama Aiman naik kapal terbang jadi susah nanti bukan saja untuk Aiman tapi juga untuk papa dan abah. Tapi Aiman dalam kapalterbang dari KLIA ke Dubai ok aje. tak nangis pun..... 

Kami bermalam di Hotel Ibis, di AlRigga Road. Aiman dapat kawan baru, Saif, iaitu anak kawan papa yang 2 minggu aje muda dari Aiman. Kawan papa hadiahkan Aiman buaian elektrik. Terima kash pada uncle Shariful dan Auntie Hyam atas hadiah tersebut... Nanti kalau ada rezeki kita jumpa lagi, kalau tidak di Dubai, di Malaysia.....



Babai Malaysia ..

Tarikh 18 Oktober, Aiman berlepas meninggalkan bumi Malaysia untuk memulakan hidup di negara orang, Germany bersama papa. Ramai ahli keluarga dan saudara menghantar Aiman, papa dan abah di KLIA pagi itu. Tepat jam 9.50 pagi pesawat Emirates berlepas dari KLIA. Tinggal lah mak, bibik, ayah, pak long dan saudara mara yang lain. Tak pasti bila akan berpeluang berjumpa semula. Insyaallah murah rezeki papa dan dengan keizinan Allah, akan berjumpa semula nanti. Mungkin waktu itu Aiman dah boleh berjalan dan berlari. 

Begini lah sedikit gambaran di KLIA di pagi itu....