Saturday, April 30, 2011

Merangkak dan main bola

Antara aktiviti Aiman adalah mengejar Snowy dan Kimo, latihan berjalan dan satu lagi adalah merangkak dan main bola.  Aiman sekarang dah boleh merangkak dengan laju sekali. Nanti bila besar bolehlah main bola atau ragbi ....


Latihan berjalan

Pada masa ini Aiman dah boleh berdiri dengan berpaut pada dinding, almari atau kerusi. Kira kaki Aiman dah steady skit. Merangkak pun dah laju jadi bila Papa ada di rumah, Papa ajar Aiman untuk membiasakan diri berjalan... macam dalam video tu... 





Tak lama lagi Aiman tak perlu lah guna mainan tu lagi untuk berjalan ... hahahha

Wednesday, April 20, 2011

Spring Family Picnic

Pada hujung minggu lepas Papa bawa Aiman ikut serta dalam Family Picnic dengan kawan-kawan pejabat Papa di Germandoff Park yang terletak kira-kira 70km dari Berlin. Di Park tersebut ada mini zoo dan juga taman permainan kanak-kanak. 

Selepas makan-makan, kami jalan-jalan melihat binatang-binatang yang ada di mini zoo tersebut. Aiman sempat bergambar dengan antelope dan Llama. Dari Germandoff, kami semua bergerak ke  bandar Potsdam yang terletak kira-kira 30 km dari Berlin. Disana kami cadang untuk lihat Tulip Festival yang sedang berlangsung pada minggu tersebut tapi tak banyak bunga tulip yang ada. Yang di tunjukkan cuma adalah budaya dari Holland.

Kami kemudiannya bergerak pula ke Volkspark yang berhampiran untuk lihat kalau-kalau ada tulip tapi tulip dan bunga-bunga lain masih belum bercambah lagi. Mungkin masih terlalau awal walaupun di tempat-tempat lain, bunga-bunga semuanya dah kembang.
   









Gunting Rambut

Sempena ketibaan musim bunga (Spring) dan juga sebab rambut Aiman dah panjang dan lebat, Papa bawa Aiman ke kedai untuk gunting rambut. Tapi malangnya, mereka tak berani nak gunting sebab gunting tajam dan cuma hendak guna mesin aje. Aiman dah dua kali kena botak dulu jadi Papa tak bagi botak. Jadi tak lah  gunting rambut di kedai.

Disebabkan tukang gunting professional tak berani gunting rambut Aiman, Papa le jadi tukang gunting. Ha...ni le jadi nya rambut Aiman...... Ok lagi kot ... Aiman masih ok! 




Tuesday, April 12, 2011

Aiman merayau di Berlin

Aiman pergi bersiar-siar sekitar Berlin dan dapat melawat temapt-tempat menarik pada minggu lepas. Waktu itu Papa tiada kerana ada kerja diluar Berlin dan hanya akan pulang ke rumah pada sebelah malam. Aiman telah pergi bersiar-siar dengan Uncle...

Di antara tempat yang Aiman lawat dan sempat bergambar adalah Brandenburg Gate, Reighstag dan beberapa tempat lain seperti yang tertera di gambar-gambar di bawah....






Monday, April 4, 2011

Aiskrim dan Flea Market

Aiman ngan Papa pergi jalan-jalan pada hari Sabtu dan Ahad. sebab cuaca  panas. Pada hari Sabtu, Papa bawa Aiman jalan-jalan mula-mula ke taman mainan yang dekat dengan rumah. Dari situ terus jalan kaki  sampai ke Stiglitz. Aiman sempat makan aiskrim cokelat lagi. Kami balik naik bas sebab dah letih jalan kaki. 

Pada hari Ahad pulak, Aiman dan Papa pergi jalan-jalan untuk ke flea market (pasar hujung minggu) yang menjual barang-barang lama (antik dan juga barang-barang terpakai).