Thursday, May 19, 2011

Gigi Rabbit


Papa kata Aiman dah tumbuh gigi. Tak caya ke? Cuba tengok dalam gambar tu... kalau masih tak jelas gak, tengok gambar yang bawah tu. Kan dah nampak 2 batang gigi "rabbit" Aiman tu!



Potty Training

Pada 2 Mei lepas sempena genap umor Aiman 10 bulan, Aiman kena kerahan latihan guna "potty" sebab papa kata Aiman dah boleh duduk dan boleh menyesuaikan diri dengan guna potty tersebut. Hahahha ... Papa kata Aiman guna "potty" tu dah macam orang biasa aje...


Tuesday, May 17, 2011

Ke Klinik pada bulan Mei

Aiman kena pi ke klinik lagi pada 13 Mei lepas untuk keperluan pemeriksaan dan juga untuk suntikan. Cuma satu aje suntikan tapi ada macam-macam ubat dalam tu seperti mana tercatit di buku rekod kesihatan Aiman dan ianya termasuklah tetanus, poliomyelitis, pertussis, diptherie dan haemophilus influenzae b. Nasib baik satu suntikan aje kalau kena lima kali suntikan, mahu parah tu!!

Doktor kata tahap perkembangan dan kesihatan Aiman adalah normal. Ketinggian Aiman adalah 7.35 cm, berat badan 9.20 kg dan lilitan kepala 46.5 cm. Setakat ini, Aiman dah bleh merangkak dengan lajunya, berdiri dan berjalan dengan bantuan "walker', dah tumbuh dua batang gigi "rabbit" dan dah bleh panggil Papa 

Doktor kata pemeriksaan dan lawatan ke klinik akan dilakukan lagi pada 10 Jun 2011.



Game time

Papa bawa Aiman ke bowling alley minggu lepas sebab Papa dan keluarga dari pejabat Papa ada game. Sambil Papa main bowling Aiman sempat main game lain yang ada di tempat tu....Aiman cuba bawa kereta dan juga naik motor...


Jalan2 Lagi!

Papa dan AIman pi jalan-jalan pada hujung minggu lagi.... kali ini ke taman yang di namakan Gardens of the World. Di taman di bangunkan contoh-contoh taman dari negara Jepun, China, Morocco, Korea dan sebagainya. Sempat juga tengok binga-gunga tulip di taman tersebut...