Thursday, July 28, 2011

Birthday Aiman II

Papa adakan majlis kesyukuran dan doa selamat sempena sambut hari jadi Aiman satu tahun dan juga majlis perpisahan Uncle Muzafar dan famili yang akan menamatkan tugas di Berlin dan pulang ke Malaysia pada 9 Julai 2011. 

Pada majlis tersebut Aiman dengan bantuan abang Amjad, abang Nabil dan yang lain-lain untuk tiup lilin di cake hari jadi Aiman.  Aiman suka sebab Aiman dapat banyak hadiah di majlis tersebut.


Birthday Aiman 1 Tahun

Aiman dapat surprise birthday cake dari kawan-kawan pejabat Papa pada 2 Julai lepas. Selain dari cake, Aiman juga dapat hadiah dari famili Uncle Muzafar





Friday, July 15, 2011

Aiman di All Nations Festival (Rumah Terbuka Kedutaan)


Pada hari Sabtu 2 Julai 2011, Aiman ikut Papa untuk menghadiri Hari Terbuka Kedutaan iaitu satu acara tahunan yang diadakan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada negara-negara yang menyertainya untuk memperkenalkan negara masing-masing kepada rakyat tempatan. Ini kali pertama Aiman ikut serta dan Papa telah memberi peluang untuk Aiman sama-sama dalam dikir barat. Kawan-kawan Aiman yang lain pun sama-sama berdikir barat.

 







Abah pula telah menjadi pembuat teh tarik jemputan (hahhahhaa), siap dengan lagi !!!

Aiman ke Hamburg

Aiman berpeluang ikut Papa ke Hamburg, bandar yang terletak kira-kira 260 km dari Berlin. Papa ke sana sebab ada jemputan untuk menghadiri jamuan makan malam sempena Pertandingan Sukan Sepaktakraw yang diadakan. Abah, Uncle Gomez dan tetamu Papa dari Dubai pun ikut sama...

Friday, July 1, 2011

Aiman dah boleh berjalan

Hello semua .... Aiman dah boleh jalan dah. Papa tak perlu pegang lagi . Aiman dah boleh jalan sendiri. Cuma masih belum tegap aje. Aiman mula berjalan sendiri kira-kira 2 minggu sebelum Aiman akan sampai usia 1 tahun pada 2 Julai nanti.


Yang ini pulak, Aiman bukan sahaja boleh berjalan tapi jugak dah boleh panjat kerusi. Papa dah mula tension sebab bimbang Aiman terjun dari kerusi. Sekarang ni Papa latih Aiman turun dari kerusi dengan kaki dulu dan bukan dengan tangan....