Saturday, September 3, 2011

Kecederaan di kepala .... hehehhehe


Pada hari raya kedua, Aiman mengalami kecederaan ringan bila kepala terhantuk ke pintu masa nak tunduk untuk ambil bola. Tak berdarah apa-apa pun cuma benjol le di dahi dan nampak blue black aje. Abah kata tu hadiah untuk membesar....ye ke?




Aiman dan Aidilfitri 2011


Sempena Syawal ini, Aiman mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat HAri Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin pada semua ahli keluarga dan kawan-kawan yang mengenali diri Aiman ini. Kalau nak bagi duit raya kena tunggu lah sampai Aiman ikut Papa balik bercuti nanti. Jadi simpan lah dulu duit tu ye! .... hehhehehe.

Aiman bangun pagi dan bersiap untuk ke Pejabat Papa untuk Majlis Sembahyang Sunat Aidilfitri. Buat pertama kali Aiman pakai baju Melayu dan bersongkok. Papa kata Aiman nampak segak sekali.
Bagi kami di Berlin ini, kami tetap merayakan kehadiran Syawal dengan sempurnanya. Dimulakan dengan sembahyang sunat Aidilfitri yang mana Abah menjadi imam. Lepas itu pejabat Papa mengadakan Majlis Open House. Dimajlis tersebut, Aiman dapat jumpa ramai kawan-kawan Papa dan tetamu-tetamun yang lain.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

Buaian


Aiman belajar naik buaian buat pertama kalinya pada akhir Ogos 2011. Kira memang gayat le sebab rasa macam nak jatuh aje.... Tak caya...tengoklah video tu!



Outing ke Zoo Berlin


Pada minggu terakhir Ramadhan, Papa bawa Aiman melawat ke Berlin Zoo yang terletak ditengah-tengah bandar Berlin. Cuaca yang nyaman dan tidak begitu panas amat sesuai untuk jalan-jalan. Banyak binatang yang terdapat di zoo tersebut dan diantaranya termasuklah singa, polar bear, gajah, singa laut, pelbagai jenis burung dan lain-lain lagi.


Yang menariknya di zoo Berlin ini terdapat satu bahagian untuk kanak-kanak dimana terdapat haiwan yang jinak seperti kambing dilepaskan untuk bermain dengan kanak-kanak. Ada seekor kambing tu datang dekat ke Aiman walaupun Aiman tiada apa-apa makanan untuk dia.