Friday, December 9, 2011

Sebelum & Selepas


Semalam 7hb. December, Aiman ke klinik lagi tapi kali ini untuk membuka jahitan di hidung sebab doktor kata jahitan perlu di buka semula selepas seminggu. Ramai pulak pesakit kanak-kanak di klinik pada waktu tu dan hampir kesemuanya mengalami demam selsema. Biasa lah sekarang ini musim sejuk. Tapi Aiman tak perlu tunggu lama sebab dah ada temu janji terlebih awal.
amacam! ble buat calon menantu tak !

Monday, December 5, 2011

Tragedi Maal Hijrah

persiapan ke bilik pembedahan
Kemalangan yang tidak di jangkakan melanda Aiman pada Maal Hijrah kali ini. Ianya terjadi mungkin juga sebab kenakalan dan keaktifan Aiman yang tidak reti duduk diam. Itu kata Papa ... tapi itu semua dah ditakdirkan nak terjadi... nak buat macam mana. Terima ajelah walaupun sakit! Tapi yang lecehnya kejadian itu terjadi pada hari Ahad dimana semua klinik ditutup. Aiman kena pergi dua hospital baru boleh dapat perkhidmatan.

Sunday, December 4, 2011

Dubai

Catatan kali ini pula adalah kenangan semasa transit di Dubai semasa dalam penerbangan balik ke Malaysia dan juga semasa penerbangan balik semula ke Germany. Papa mengambil keputusan untuk transit di Dubai sebab kenangkan Aiman mungkin tak selesa untuk terbang 13 jam terus. Jadi Papa gunkan perkhidmatan Emirates Airline. Lagi pun masa transit dapat jumpa dengan keluarga Uncle Shariful dan Auntie Hyam.

1. Transit Ke Malaysia


Nerd


As Salam semua. Aiman cuba bayangkan macam mana rupa Aiman kalau kena pakai cermin mata macam Papa. Aiman dapat peluang mencubanya apabila Papa ke kedai cermin mata untuk menggantikan bingkai cermin mata yang Aiman patahkan. Papa marah gak le sebab kena ganti bingkai dan tak banyak pilihan sebab kesuntukan masa untuk membuat yang baru. Cuma dapat cari bingkai yang boleh digunakan dengan cermin yang sedia ada.

Jadi sementara menunggu cermin mata Papa di siapkan, Aiman pun cuba bingkai cermin mata di kedai tu.

Camna? Ada rupa "nerd" tak? Hehhehhe.....



Friday, December 2, 2011

Kenduri Khatam Quran dan Kesyukuran di BSP


Famili Abah juga mengadakan kenduri kesyukuran serta majlis khatam Al-Quran Abang Siddique, Abang Taufique dan Kak Balquish. Majlis akan diadakan pada hari Sabtu, 12 November. Ramai tetamu yang datang termasuk anak-anak dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bandar Baru Bangi yang di jemput.







Hari Raya Aidil Adha 2011


Ini pengalaman Aiman menyambut hari raya Aidiadha di Malaysia. Seronok sangat sebab ramai saudara mara. Aiman tidak pergi ke masjid sebab Aiman masih kecik lagi dan belum baligh. Tapi Aiman pakai baju Melayu jugak - baju Melayu dan songkok tinggi Johor.



Aiman dan "Appu" Malaysia

Adam sedang merajuk
Pada raya kali ini, Aiman dapat juga peluang untuk melihat cara-cara lembu dikorbankan. Yang di gambar tu adalah lembu yang dikorbankan oleh Bibik dan Ayah. Pada sebelah malam nya Ayah dan Bibik mengadakan kenduri kesyukuran.


Lembu yang dikorbankan

Selepas kenduri