Sunday, February 19, 2012

Send off Kak Dibah and Geng

Sehari tetamu selepas tetamu dari Malaysia berlepas pulang, tiba masanya pula untuk tetamu dari Mesir untuk berangkat juga kerana cuti belajar mereka pun dah nak habis. Jadi, pada pagi 8 Februari, Aiman ke airport sekali lagi untuk menghantar Kak Dibah, Kak Fauziah dan Kak Aisyah. 



Send off Ayah, Bibik & Abang Faiz


7 Februari tiba dan tempoh percutian Ayah, Bibik dan Abang Faiz di Berlin selama 2 minggu berakhir juga. Mereka semua terpaksa pulang ke Malaysia juga sebab Abang Faiz ada exam di MMU. Aiman ikut Papa, Abah dan Kak Dibah menghantar Ayah, Bibik dan Abang Faiz ke airport untuk mengambil penerbangan KLM ke Amsterdam dan seterusnya menaiki pesawat MAS ke Kuala Lumpur.


Thursday, February 16, 2012

Jalan-jalan ke Wernigerode, B5 Outlet Shops & Berlin East Side Gallery

Papa ambil cuti sehari untuk bawa tetamu dari Malaysia dan Mesir melawat kawasan luar dari Berlin. Kami semua bertolak dari Berlin pada jam 10.30 pagi. Keluarga Auntie Shima ikut sekali menjadikan rombongan "cik Kiah" kami semua lebih meriah. Desitnasi kami adalah ke Wernigerode di Saxony-Anhalt dimana terletaknya kawasan pergunungan Harz dan jaraknya kira-kira 270km dari Berlin.

The Harz Mountains have been a region of forests, myths, and literary legend for centuries--and Wernigerode, a town of 34,000 in the foothills of the Harz, has long been a popular gateway to Northern Germany's most mountainous area.



Wednesday, February 15, 2012

Ketibaan Kak Dibah and Geng Ke Berlin

Kak Dibah dan Geng (Kak Fauziah dan Kak Aisyah) tiba di Berlin pada hari Ahad 28 Januari melalui penerbangan Turkish Airlines dari Cairo, Mesir. Perancangan Kak Dibah untuk ke Berlin masa cuti belajar ni dah lama juga dan akhirnya sampai juga lah Kak Dibah ke Berlin. Dua lagi geng Kak Dibah tu sama-sama menuntut di Mansoura, Mesir dalam bidang perubatan.



Monday, February 13, 2012

Bibik, Ayah dan Abang Faiz ke Berlin

Ayah, Bibik dan Abang Faiz tiba di Berlin dari Malaysia pada 25 Januari untuk bercuti bersama-sama dengan Kak Dibah yang akan tiba dari Mesir. Percutian Ayah, Bibik dan Abang Faiz ini tidak dirancang pada awal-awal tapi semuanya dirancang dalam tempoh 2 minggu aje. Ayah dan Bibik terpaksa le menyesuaikan diri dengan cuaca yang sejuk di Berlin tapi Abang Faiz ok aje.