Saturday, March 24, 2012

Aktiviti di sekolah


Aiman bercuti seminggu dari persekolahan sebab demam. Guru Besar sekolah kata boleh hadir semula ke sekolah cuma selepas dapat surat kebenaran dari doktor/klinik. Jadi seminggu lah Aiman duduk di rumah saja. Rasa macam boring aje sebab tak ada kawan dan educational rhymes yang ada tu pun dah selalu sangat tengok. 

Kalau di sekolah, ada banyak aktiviti Lihat le pada gambar-gambar dibawah tu. Boleh buat "finger painting" lagi. Nanti nak suruh Papa beli so bila cuti boleh juga Aiman buat "finger painting" di rumah. Tapi pasti Papa suruh buat di luar rumah sebab bimbang Aiman buat kerjaya baru jadi pengecat rumah plak. Tapi sekarang dah masuk musim bunga dan sudah tidak sejuk sangat....jadi boleh le main di luar/taman.

Hasil "art" pertama
 




Monday, March 5, 2012

Karnival di sekolah Aiman

Pada 20hb Februari yang baru lalu, sekolah Aiman ada pesta karnival. Semua pelajar digalakkan berpakaian beragam. Aiman pakai kostum lanun (pirate) yang Papa beli masa bercuti di Wenigerode. Gambar Aiman masa karnival tu tak banyak la sebab cikgu tidak benarkan Uncle masuk kelas ambil gambar. Tapi Cikgu kata nanti, kami akan dibekalkan dengan CD. Jadi buat masa ini cuma dapat gambar yang ada di papan notis sekolah aje dulu.....hahhaha



Aiman @ School

Aiman kini dah hampir 2 bulan ke sekolah dan telah ada ramai kawan. Aktiviti harian Aiman di sekolah bermula dengan sarapan pagi pada jam 9.00 pagi. Selepas itu, kami semua ditunjuk ajar untuk memberus gigi sendiri. Kemudian sesi bebas dimana kami semua dibenarkan bermain sehingga masuk waktu untuk makan tengah hari pada jam 12.00.Adakalanya bila cuaca tidak begitu sejuk, cikgu membawa kami ke kawasan riadah di luar kelas.