Thursday, August 4, 2011

Ke Brussels

Selepas dua malam di Amsterdam, kami bertolak ke Brussels. Perjalanan ke Brussels dari Amsterdam cuma mengambil masa 2 jam sahaja. Itu pun tidak boleh laju sangat sebab terpaksa mengikut had laju dan juga disebabkan hujan disepanjang perjalanan.

Memandangkan tidak banyak masa di Brussels dan hari hujan, kami hanya bersiar-siar di persekitaran kawasan hotel sahaja. Pada sebelah malamnya kami ke rumah Uncle Lukman untuk bertandang dan makan malam. Keesokkannya, kami ke kawasan utama pelancongan di Brussels sebelum bertolak pulang ke Berlin.

Kami selamat tiba di Berlin jam 7.30 malam.








0 comments:

Post a Comment