Wednesday, October 5, 2011

Bercuti ke Kawasan Hutan Hitam (Blackforest)


Papa dan kawan-kawan pejabat Papa membuat keputusan untuk melawat kawasan Hutan Hitam (Blackforest) sempena dengan cuti Hari Malaysia. Ianya terletak kira-kira 700 km dari Berlin. Kami bertolak pada jam 10 pagi dan setelah beberapa kali berhenti, kami tiba ke destinasi hotel pada jam 8 malam.



Pada keesokkan harinya, kami bertolak ke Titisee, kawasan pelancongan tasik yang dikelilingi bukit dan hutan. Kami lihat ramai pelancong dari luar Germany yang sama-sama melawat kawasan tersebut, diantaranya btermasuklah pelancong dari China, Belgium dan Holland. Aiman tahu sebab Papa ada berbual dengan mereka. Suasana begitu nyaman sekali walaupun hujan turun renyai-renyai. Tarikan utama bandar-bandar di sekitar Blackforest, termasuklah Titisee adalah seni pertukangan membuat jam "cuckoo". Oleh itu tidak menghairankan apabila hampir kesemua kedai-kedai disitu menjual jam cuckoo yang mana harganya ada yang mencecah ribuan ringgit.

Dari Titisee, kami ke Triberg yang terletak kira-kira 30km dari Titisee. Di Freiberg, kami bercadang untuk melawat Museum Jam tapi sayangnya kami cuma sempat masuk di bahagian pertanyaan saja sebab museum nya telah tiba waktu tutup iaitu jam 6 petang. Jadi kami cuma sampai di Museum tersebut tapi tak dapat melawat sepenuhnya akan pameran yang terdapat didalamnya.

Pada hari Ahad, kami keluar dari hotel dan menuju ke Triberg, iaitu bandar yang dikatakan terdapat Cuckoo Clock terbesar. Lihat le gambar dibawah tu dimana terdapat kedai bahagian dalam jam tersebut. Kami juga dapat melihat pergerakan jam tersebut secara mata kasar disebabkan saiz jam yang begitu besar. Dari situ kami bersiar-siar di bandar Triberg sebelum meneruskan perjalanan pulang. Kami selamat tiba dirumah pada jam 9 malam.






Untuk sesiapa yang berminat boleh le mendapatkan penerangan lanjut berkenaan Blackforest dari sini

1 comments:

nkhairiah said...

seronoknya aiman ngn papa n abah jalan2..:)))

Post a Comment