Monday, November 21, 2011

Famili BBQ di Kendong

Famili telah mengadakan BBQ pada malam raya di rumah Bibik di Kendong sebab semuanya balik sempena cuti raya Aidil Adha. Cuma yang tidak ada bersama adalah kak Dibah yang berada di Mansoura, Mesir. Kesian dia .... Tak apa, nanti masih ada banyak lagi peluang untuk adakan BBQ keluarga. Aiman ni pun baru kali pertama bersama. Pada raya Aidil Fitri lepas, Aiman pulak yang tak ada. Seronok gak ramai-ramai dengan famili.







Melaka Wonderland

Aiman dan famili balik Melaka untuk sambut Hari Raya AidilAdha pada hari Jumaat. Dan pada pagi Sabtu, kami semua telah ke Melaka Wonderland Theme Park. Cuma Ayah, Bibik, Alang Afir dan Kak Nurin aje yang tak ikut sama. Abah, emak, Abang Shafique, Kak Ila, Bang Cik, Bang Da, Kak Balquish, Angah Shikin dan Abang Fitri, Along Pesal, Kak Ina dan Adam serta Abang Poji pun sama-sama pergi.






Di tempat itu juga Aiman sempat jumpa dengan binatang-binatang yang dalam karakter kartoon yang disediakan oleh pihak Melaka Wonderland.





Selepas puas main air, kami semua ke Melaka (Bukit Katil) untuk makan tengah hari. Sedap betul masakan dikedai mak cik tu - masakan kampong! Licin .....




Sunday, November 20, 2011

Sansoucci Palace, Potsdam


Sansoucci Palace adalah merupakan istana hinggap raja dimusim sejuk dan kini menjadikan salah satu tarikan utama pelancong ke Potsdam, bandar yang terletak hanya kira-kira 30 km dari Berlin. Ianya mempunyai kawasan  rekreaksi yang begitu luas yang dipenuhi dengan pokok-pokok yang disusun begitu rapi sekali.

Cuaca pada hari itu agak sejuk kerana telah masuk musim luruh dan hampir setiap hari hujan.

Kami menghabiskan masa kira-kira 3 jam dan kembali semula ke Berlin setelah matahari mula terbenam.









Cuti singkat ke Southern England


Papa telah mengambil cuti selama 2 hari untuk membuat lawatan singkat ke UK tapi bukanlah untuk melawat keseluruhannya cuma kami berkesempatan untuk ke Stansted, Canterbury dan seterusnya ke France melalui Eurotunnel.









Ke Konigswinter, Bonn

Aiman berpeluang melawat sekitar Bonn, ibu negara Jerman sewaktu Jerman masih berpecah dua. Aiman ke Bonn sempena cuti umum sambutan hari Kesatuan Jerman. Kami sempat menaiki kawasan tinggi yang mana kami dapat melihat panorama pemandangan kota Bonn.