|
persiapan ke bilik pembedahan |
Kemalangan yang tidak di jangkakan melanda Aiman pada Maal Hijrah kali ini. Ianya terjadi mungkin juga sebab kenakalan dan keaktifan Aiman yang tidak reti duduk diam. Itu kata Papa ... tapi itu semua dah ditakdirkan nak terjadi... nak buat macam mana. Terima ajelah walaupun sakit! Tapi yang lecehnya kejadian itu terjadi pada hari Ahad dimana semua klinik ditutup. Aiman kena pergi dua hospital baru boleh dapat perkhidmatan.
Apa kejadian malang tu? Hidung Aiman koyak dan tulang dalam hidung ternaik sebab jatuh dari kerusi dan hidung terkena subwoofer di depan TV. Banyak lah darah keluar. Papa dan abah semua panik! Kelam kabut untuk bawa ke hospital. Tapi sebelum pi cari hospital tu, darah dah pun berhenti. Cuma ngeri bila lihat daging yang koyak tu...
Di hospital pertama tu, lepas menunggu hampir 2 jam, doktor kata mereka tidak ada kepakaran ENT untuk melakukan surgeri. Jadi mereka cadangkan untuk ke Saint Gretrauden Krankenhaus, Berlin. Doktor disitu kata Aiman tak boleh makan dan minum sampai lepas surgeri yang dilakukan pada jam 10 malam. Bayangkan tak dapat makan dan minum dari pukul 1 petang hingga pukul 12 malam..... lama tu!!!
|
selepas menjalani pembedahan |
|
aduh hausnya.. baru lah ble nyusu pas kena bedah |
|
ini lah pembedahan yang dijalankan, mancung tak!! |
|
baru lah nyenyak tidor malam ke 2 nih .... |
Trajedi yang menjadi kenangan dan harap-harap tidak meninggalkan bekas/parut selepas dibuka jahitan kelak. Tapi biasalah, zaman kanak-kanak lelaki!
0 comments:
Post a Comment