Sunday, December 26, 2010

Belajar Berenang

Hari ini hari cuti awam..... Krismas. Memandangkan cuaca di luar sejuk, jalanraya masih penuh dengan salji yang turun pada malam tadi dan kedai-kedai semuanya tutup, papa tidak cadang bawa Aiman keluar jalan-jalan. Tapi hari ini Aiman mula belajar berenang dengan kemudahan pelampung supaya Aiman tidak tenggelam....... tapi bukan berenang di kolam renang. Cuma belajar di dalam kolam di bilik air rumah aje. 


Best berenang

Latihan 30 minit

Aiman kejar kura-kura dan arnab

Rileks selepas berenang

Keletihan lepas latihan !

Wednesday, December 22, 2010

Minum Jus


Aiman buat pertama kalinya dapat rasa minum jus segar pada 18hb Disember 2010. Papa beli dari kedai yang ada menjual khas untuk minuman bayi dengan jenama "Babydream". Jus tersebut adalah jus campuran epal, pisang, strawberry dan juga lain-lain buah. Gambar jus adalah seperti di bawah:


Ini pula adalah makanan yang Aiman makan selepas sampai usia 5 bulan.Juga jenis buah-buahan juga. Ianya diselangselikan dengan makanan yang dimasakkan samada bubur nasi dengan campuran labu, carrot atau lain-lain pun.

Monday, December 20, 2010

Aiman Jumpa Kawan

Aiman dapat jumpa kawan masa ke rumah kawan papa minggu lepas untuk jamuan makan malam meraikan tamatnya tempoh bertugas Auntie Khatijah.  So masa itu, Aiman sempat jumpa Abang Nabil dan juga Abang Amjad, anak Uncle Muzafar.




Aiman ke Stiglitz

Papa bawa Aiman pi jalan-jalan ke Stiglitz pada hari Sabtu lepas sebab Aiman boring terperap dalam rumah aje sebelum ini selain dari keluar untuk ke klinik dan ke rumah kawan Papa. Buat pertama kalinya, Papa bawa Aiman naik bas. Walaupun sejuk tapi seronok gak dapat rasa naik bas. Basnya dua tingkat tapi kami di bahagian bawah aje sebab pemumpang terlalu ramai masa itu untuk naik ke atas. Mungkin lain kali boleh naik di bahagian atas.





Kami pi jalan-jalan dan sempat lihat keadaan masyarakat Germany membeli-belah untuk persediaan merayakan Krismas yang akan menjelang mingu depan. 


Boring nya winter


Itulah gambar-gambar keadaan yang diambil dari tingkat 3 rumah. Semuanya berwarna putih dengan salji yang tebal. Orang German kata salji turun awal pada tahun ini dan begitu tebal sekali. Pada kebiasaannya salji akan turun diakhir Disember atau awal Januari. Tapi pada tahun ini, salji mula turun pada minggu akhir November lagi.

Aiman rasa boring pada musim sejuk ini sebab tak boleh kemana-mana sebab sejuk. 



Aiman in Action









Gambar-gambar Aiman dalam tempoh 2 minggu yang lepas ....

Thursday, December 16, 2010

Latihan suara II .... ambik 'key'

Ini pula video Aiman membuat latihan suara juga tetapi disebelah petang. Ianya merupakan latihan menjerit ...


Ok tak?? Cukup tinggi tak "key" tu?

Wednesday, December 15, 2010

Aiman dan latihan suara

Ini adalah merupakan sessi latihan bagi Aiman untuk memantapkan suara di sebelah siang, selepas makan. Cuba mengikut cara percakapan dengan pelakun di TV ...  



Macam mana ... ok tak?

Tuesday, December 14, 2010

Aktiviti Aiman sebelum tidor

Ini pula merupakan aktivii Aiman sebelum tidor iaitu meniarap hingga letih... Tengoklah, tengkok AIman makin kuat dan dah tidak lagi terlentuk lagi....

Monday, December 6, 2010

Aiman pi bowling

Aiman pi ikut papa main bowling semalam dengan kawan-kawan opis untuk farewell Auntie Kadijah yang akan balik ke Malaysia. Ini kali pertama Aiman pi bowling tapi masih tak boleh main sebab bolanya semua berat-berat. Jadi Aiman jadi penonton aje. Lepas tu papa bawa jalan-jalan di shopping mall tempat bowling tu.

Mula-mula papa cadang untuk pi jalan-jalan lepas bowling tapi tak jadi sebab Aiman letih dan lapar serta mengantuk ..... So dari situ kami semua balik aje.






Saturday, December 4, 2010

Ke Klinik Lagi

Hari ini Aiman ke klinik untuk pemeriksaan setelah genap usia lima bulan. Berat badan Aiman kini 7.7 kg dan ketinggian 65 cm. dan doktor kata perkembangan yang seimbang. Dan untuk kali ini doktor bagi suntikan lagi tapi kali ini untuk "pneumococcae" untuk tujuan salah satunya mengelakkan dari meningitis.

Dari klinik pertama pergi pula ke klinik kedua untuk pemeriksaan telinga atau jalani ujian pendengaran. Banyak betul le songelnya sistem kesihatan di Jerman ni. Depa ingat Aiman ni bahan kajian ke? Di klinik ni walaupun dah ada appointment tapi kena tunggu lama sikit. Doktor check telinga dan katanya ada kesan "inflamation". Inanya mungkin disebabkan oleh Aiman demam selsema kot. Lepas tu kena pi buat "sound test". Dia masukkan alat macam "hearing aid' yang disambungkan ke computer ke telinga Aiman. Lepas tu dia bunyikan sound untuk lihat graph. Dua kali buat tapi doktor kata masih tak memuaskan. So kena datang lagi sekali nanti pada minggu depan jam 9.20 pagi.

Tak kisah le tu tapi keluar kali ini Aiman dapat tengok dan pegang salji. Jalanraya ke klinik dan juga depan klinik penuh snow. Begitu juga dengan sekeliling rumah penuh dengan salji. 

Depan klinik

Di garden

Di garden rumah

Depan rumah

Gate rumah

 

Thursday, December 2, 2010

Tahap kecekapan baru!

 

Aiman dapat mencapai satu lagi tahap kecekapan. Kini telah mempelajari cara-cara untuk menangkap kaki macam dalam video tu. Ini lah aktiviti Aiman buat masa ini sebab papa asyik kerja aje dan juga sebab tak dapat peluang jalan-jalan sebab cuaca di luar semakin sejuk. 

Lagi pun Aiman demam selsema. Masih tak sihat betul walaupun tiap-tiap hari kena sedut hidung oleh papa untuk buang hingus.....hahahha.