Sunday, January 30, 2011

Aiman Berdiri !!!

Kejadian berlaku pada pagi 28 Januari 2010 selepas breakfats dan sebelum mandi....
Aiman ..... caught on camera berdiri dengan sendiri ....





Merangkak pun belum betul dah ada hati nak berdiri ..... hehehhehe ...

Pemeriksaan Pendengaran


Selepas klinik yang pertama dan kena injection tu, Aiman terpaksa pergi ke klinik yang kedua pula, klinik pakar pendengaran. Ini adalah pemeriksaan kali ke 4 sebab pada pemeriksaan yang terdahulu tu, doktor kata keputusan tidak begitu meyakinkan. Doktor juga kata untuk tujuan pemeriksaan kali ini, Aiman perlu tidur. Masa sampai di klinik pakar tu, Aiman dah memang tidur lepas kena injection dari klinik pertama . Buat pemeriksaan pusingan pertama, keputusan nya pendengaran adalah baik. Tapi untuk kepastian, doktor nak buat pemeriksaan kali kedua. Tapi waktu tu Aiman dah bangun., jadi doktor tu bagi Aiman ubat tidur. yang dimasukkan melalui  bontot. Dalam masa 10 minit aje, dah terus tidur nyenyak. 

Inilah gambar-gambar masa doktor buat pemeriksaan pendengaran.. Penuh kabel doktor  letak di kepala. 


 

Balik rumah Aiman masih tidur dan cuma bangun pada jam 2.30 ptg aje setelah hampir 4 jam tidor. Bangun pun masih lalok lagi! .....



Saturday, January 29, 2011

Ke Klinik Lagi

Aiman ke klinik lagi pada hari Selasa 25 Januari, entah keberapa kali sejak sampai di Berlin ni pun dah tak ingat sebab kerap sangat. Sepatutnya kena pi pada awal Januari dulu tapi Papa sibuk dan klinik cuma bagi tarikh 25hb sebagai tarikh ganti.Sini semuanya kena pakai appointment kalau "walk-in" tanpa appointment kena tunggu lama. Sementara menunggu untuk masuk jumpa doktor, Aiman sempat main di  playroom klinik. Sempat naik basikal lagi .....





Pada kali ini, doktor buat pemeriksaan keseluruhan dan telah ambil berat dan ketinggian Aiman. Ukuran Aiman adalah ketinggian 69 cm, berat 8.24kg, sementara lilitan kepala pula 44.5 cm. Doktor kata pembesaran Aiman semuanya normal. 

Tapi tak bestnya, lepas tu doktor bagi injection - 2 sekali gus satu di peha kiri dan satu lagi  di peha kanan.  Injection tu adalah untuk Hepatitis B (kali ke 3) dan Pneumococcal (pun kali ke 3). Aduh.... sakit tu !!. Tapi Aiman nangis sikit aje. Dan Aiman tak demam pun...

Kalau tak sakit apa-apa doktor kata, appointment yang akan datang adalah pada bulan Mei.

Monday, January 17, 2011

Jalan2 hujung minggu


Memandangkan cuaca tidak begitu sejuk dan ada kehadiran mentari, Aiman dan Papa keluar bersiar-siar dan kemudian ke IKEA untuk membeli barangan keperluan rumah. Seronok juga dapat keluar dari rumah tanpa perlu memakai baju yang tebal-tebal. Tapi dalam perjalan ke IKEA tu, Papa sesat jalan disebabkan beberapa jalan yang ditutup sebab diperbaiki. Nasib baik juga ada "navigator" untuk mendapatkan arahan ke IKEA tu.






Wednesday, January 12, 2011

Adam kena sakat

Hari ini Aiman masukkan dalam blog ini video citer pasal Adam, anak buah Aiman, anak Aong Pesal. Video menunjukkan juga tentang Alang Apir yang sememannya terkenal dikalangan keluarga sebagai pakar sakat budak-budak. Hehhehehhe.... tengok le tu... memang saja suka lihat budak-budak merajuk ...





Tuesday, January 4, 2011

Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baru kepada pembaca blog Aiman ni.

Aiman tidak keluar rumah untuk sambut kedatangan tahun baru 2011 sebab cuaca sejuk dan lagi pun tengah malam. Pada awalnya memang papa cadang untuk keluar bawa Aiman jalan-jalan tengok bunga api sebab mengikut cerita penduduk Berlin bermain bunga api sakan bila menyambut ketibaan tahun baru. Tapi keadaan tidak begitu best untuk keluar. Tambahan pula orang tua-tua dan berpesan ... budak kecik tak boleh keluar malam-malam.!!

Tapi Aiman dapat gak lihat bunga api bila papa kejutkan Aiman dari tidur pada pukul 12 malam. Keadaaan sekeliling rumah terang benderang sebab jiran-jiran semuanya duk main bunga api. Jadi kira tak rugi lah tak kuar ke pusat bandar pun ....








 

Sunday, January 2, 2011

Jalan-jalan ke Kufurstendamm

Papa bawa Aiman pi ke Kufurstendamm  @ Ku damm yang terletak kira-kira dalam 15 km dari rumah .  Ku damm merupakan jalanraya utama di tengah-tengah Berlin ini dimana terletaknya kompleks-komples beli belah utama. Suasana disemua pusat beli-belah agak penuh dan riuh kerana ianya merupakan minggu selepas Krismas dan sebelum ketibaan tahun baru iaitu minggu sales di Berlin.Yang bestnya masa tu adalah banyak lampu-lampu yang dipasang sempena Krismas.






Ini kali pertama papa bawa Aiman ke Ku damm sebab biasanya kalau untuk beli belah, papa cuma ke bandar Stiglitz yang lebih berhampiran dengan rumah serta terdapat juga pusat beli-belah yang sama dengan di Ku damm. Jadi tujuan ke Ku damm pada hari tu lebih untuk berjalan-jalan, bertukar angin dan untuk bawa Aiman keluar dari rumah aje. Sesekali keluar di musim sejuk ini ok gak lah. Kalau selalu nanti, papa bimbang Aiman demam..