Saturday, August 6, 2011

Ke Klinik Lagi

Pada hujung bulan Julai, Aiman ke klinik untuk mendapatkan suntikan lagi. Kali ini untuk suntikan immunicocol. Macam-macam suntikan le kena ambik di sini mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor. Doktor yang biasa Aiman jumpa tu kini bercuti musim panas, jadi AIman kena jumpa doktor yang lain.

Sementara menunggu untuk berjumpa doktor Aiman ke "playroom" yang disediakan oleh pihak klinik. Ada macam-macam permainan dan buku di bilik tu.



Friday, August 5, 2011

Aiman Budak Comot


Hahaha ..... Gambar-gambar ini Abah ambil masa Aiman makan cokelat. Malu ahh ... comot betul rupa Aiman. Tapi cokelat tu sedapp.....


Senaman jalan kaki


Aiman sekarang dah makin tegap berjalan. Dah tak perlu lagi pegang apa-apa untuk berdiri. Bila ada peluang, abah bawa Aiman berjalan keliling rumah.


Rileks di taman di rumah


Sekarang ini musim panas di Germany. Jadi Aiman berpeluang untuk bermain dan rileks di taman di belakang rumah. Sahaja aje rileks sebaba Papa ke pejabat. Lagi pun bukan selalu dapat bersantai diluar rumah di Berlin ni sebab musim panas pun asyik hujan aje.

Jadi bila cuaca panas aje, Aiman main di luar dan berlatih untuk berjalan....


Thursday, August 4, 2011

Ke Brussels

Selepas dua malam di Amsterdam, kami bertolak ke Brussels. Perjalanan ke Brussels dari Amsterdam cuma mengambil masa 2 jam sahaja. Itu pun tidak boleh laju sangat sebab terpaksa mengikut had laju dan juga disebabkan hujan disepanjang perjalanan.

Memandangkan tidak banyak masa di Brussels dan hari hujan, kami hanya bersiar-siar di persekitaran kawasan hotel sahaja. Pada sebelah malamnya kami ke rumah Uncle Lukman untuk bertandang dan makan malam. Keesokkannya, kami ke kawasan utama pelancongan di Brussels sebelum bertolak pulang ke Berlin.

Kami selamat tiba di Berlin jam 7.30 malam.








Bercuti ke Holland


Aiman sekali lagi dapat pergi melancong dan keluar dari Berlin. Kali ini Papa bawa Aiman melancong selama dua malam ke Amsterdam dan semalam di Brussels. Perjalanan keseluruhannya dengan kereta adalah sejauh 1500 km pergi dan balik. Lenguh juga duduk dalam kereta lama-lama. Tapi Papa berhenti setiap 2 atau 3 jam perjalanan ditempat-tempat rehat yang bersesuaian. Di Holland, Aiman sempat melawat ke Volendam, Amsterdam dan Hague....

Kami semua pergi dengan 3 buah kereta. Semuanya adalah kawan-kawan Papa di pejabat.








Tuesday, August 2, 2011

Aiman ke Stuttgart


Aiman berpeluang mengikut Papa ke Stuttgart pada awal Julai yang lepas. Masa Papa ada urusan rasmi, abah bawak Aiman jalan-jalan di sekitar hotel aje. Masa Papa tiada tugas, Papa bawak Aiman melawat ke muzeum Porsche. Banyak kereta-kereta lama yang bersangkutan dengan sejarah Porsche dipamerkan d situ.

Aiman pun ambil peluang untuk bergambar dengan kereta-kereta tersebut. Aiman nak naik kereta-kereta tu tapi Papa tak bagi sebab itu semua kerata yang dipamerkan.