Tuesday, July 3, 2012

Birthday Party di Kelas

Yea..... hari ini 2 Julai 2012 bermakna Aiman genap 2 tahun! 

Seperti biasa hari ini Aiman ke sekolah tapi hari ini lain sedikit sebab Aiman bawa kek serta buah tangan ke sekolah untuk sambutan hari ulangtahun Aiman. Di Jerman "birthday boy" kena bawa kek dan juga "goody bags" untuk diberikan kepada kawan-kawan sekelas. Sebelum ini, Aiman pun sudah beberapa kali dapat "goody bags" dari kawan-kawan sekelas yang meraikan hari ulangtahun mereka. "Goody bags" Aiman ada cokelat, mainan dan juga belon.


 


Aiman juga dapat hadiah dari cikgu kelas berupa tabung untuk simpan duit. Jadi Aiman sekarang sudah ada dua tabung termasuk satu yang Papa beli masa Aiman sambut ulangtahun yang pertama dulu.





Hari Sabtu 7hb Julai ini pula, Papa kata akan buat majlis makan dan BBQ di rumah sempena harijadi Aiman. Nanti Aiman akan minta Papa masukkan dalam blog selepas majlis itu. Ok.....

0 comments:

Post a Comment