Monday, February 13, 2012

Bibik, Ayah dan Abang Faiz ke Berlin

Ayah, Bibik dan Abang Faiz tiba di Berlin dari Malaysia pada 25 Januari untuk bercuti bersama-sama dengan Kak Dibah yang akan tiba dari Mesir. Percutian Ayah, Bibik dan Abang Faiz ini tidak dirancang pada awal-awal tapi semuanya dirancang dalam tempoh 2 minggu aje. Ayah dan Bibik terpaksa le menyesuaikan diri dengan cuaca yang sejuk di Berlin tapi Abang Faiz ok aje.

Memandangkan cuaca semakin sejuk, aktiviti pertama mereka adalah mencari pakaian tebal supaya boleh pergi jalan-jalan nanti. Kalau tidak ada baju tebal, kena duduk dalam rumah aje le....


 






Jadi Papa bawa kesemuanya ke Alexander Platz untuk membeli baju-baju tebal sebab nanti akan pergi  beructi ke kawasan bukit di Wenigerode, Saxony-Anhalt yang mana suhunya pasti lebih rendah dari di Berlin. Sambil-sambil tu Aiman pun lihat baju-baju musim panas untuk Aiman ....hehhehehe..

4 comments:

nkhairiah said...

ayoyoyo aiman sudah pandai shopping!

bintul-bakr said...

entry ayh bibik and abg faiz je ke?kak dibah punye tade entry ;p

aim_abdullah said...

Entri Kak Dibah kena tunggu le... mana bleh buat semua sekali ... ada banyak lagi citer nanti

fatimah said...

Bibik,ayah bercuti selepas bersara, abang faiz bawah untuk tlg angkat bag... Terima kasih papa..

Post a Comment