Thursday, March 31, 2011

Aiman's day out in the park

Cuaca di Berlin semakin nyaman, dimana matahari telah mula bersinar dan suhu di siang hari diantara 7 - 12 darjah Celcius. Dengan rasminya tanggal 21 Mac bermula musim bunga (spring) di Germany. Jadi bila cuaca begini Aiman berpeluang keluar rumah dan pergi jalan dekat kawasan taman yang berhampiran dengan rumah. Kurang lah boring bila Papa ke opis.








Sunday, March 27, 2011

Basikal Aiman


Aiman dapat tricycle baru dari Papa sebab tak lama lagi Aiman dah boleh jalan. Lagi pun sebagai persediaan kedatangan musim panas nanti, jadi mudah untuk Aiman dan Papa - tidak perlu lagi guna pram atau stroller. Cuma buat masa ini Aiman tidak boleh mengayuh lagi, jadi kena lah di tolak basikal tu....



Ni cuma latihan dalam rumah aje dulu dan masih bleum keluar rumah sebab masih sejuk skit lagi...

Wednesday, March 16, 2011

Bersama Selebriti

Aiman dapat jumpa ramai tetamu semasa majlis makan tengah hari yang telah dia adakan oleh pihak opis Papa sempena lawatan rombongan kesenian/kebudayaan Malaysia ke Berlin pada hari Ahad 13 Mac 2011. Aiman sempat bergambar dengan tetamu-tetamu Papa serta keluarga pegawai pejabat Papa. Rombongan tersebut terdiri dari penari-penari dari Badan Warisan Johor, Uncle Dato' Mahazir Lokman, Uncle Zuhairi Ibrahim dan lain-lain....

Papa, aiman dan Dato' Mahadzir Lokman, Pengacara Tersohor Negara

Sunday, March 13, 2011

Stralsund and Rugen Island


Aiman dan Papa serta kawan-kawan pejabat Papa ke Rugen Island yang terletak kira-kira 350 km dari Berlin. Perjalanan ke Rugen Island mengambil masa hampir 3 jam dan kami telah berhenti rehat di Stralsund . Kami bermalam di Rugen Island. Keadaan di Rugen Island ini hampir sama dengan Bansin yang telah Aiman lawati pada bulan November 2010 semasa Abah ada di Germany. 





Friday, March 4, 2011

Bulan ke Lapan


Hari ini 2 March 2011 genaplah umor Aiman 8 bulan. Sekarang Aiman dah boleh berdiri kalau pegang kerusi atau sebagainya. Aiman dah pun boleh merangkak dan yang paling best sekarang Aiman lagi bebas bila gunakan walker tu. Aiman dah boleh kedepan, dah boleh "steer" walker tu. Dah boleh pi ke dapur, ke bilik dengan walker. Lagi risau le papa, gamaknya!

Ni video Aiman merangkak (dah tak swimming atas lantai lagi dah) dan juga Aiman dengan walker...




Tuesday, March 1, 2011

Aiman ke Bremen


Minggu ini Aiman dapat ikut Papa ke Bremen yang terletak hampir 450 km dari Berlin. Kami ke sana dengan kereta dan mengambil masa hampir 4 jam. Cuaca sepanjang perjalanan adalah nyaman dan tidak begitu sejuk Walaubagaimana pun, sebab batuk, Aiman termuntah semasa perjalanan itu dan terpaksa salin pakaian sebab muntah penuh di baju. Kami bertolak dari Berlin pada jam 10.45 pagi selepas appointment dengan doktor untuk batuk Aiman. Kami tiba di Bremen dan check-in di hotel pada jam2.30 petang. 

Atas katil di bilik hotel

Dalam bilik hotel

Di pasar tani di Bremen

Lepas muntah

Di depan town hall Bremen

Kami bertolak balik pada hari Sabtu selepas segala urusan Papa selesai. Kami tiba di Berlin pada jam 5.00 ptg.