Wednesday, April 20, 2011

Spring Family Picnic

Pada hujung minggu lepas Papa bawa Aiman ikut serta dalam Family Picnic dengan kawan-kawan pejabat Papa di Germandoff Park yang terletak kira-kira 70km dari Berlin. Di Park tersebut ada mini zoo dan juga taman permainan kanak-kanak. 

Selepas makan-makan, kami jalan-jalan melihat binatang-binatang yang ada di mini zoo tersebut. Aiman sempat bergambar dengan antelope dan Llama. Dari Germandoff, kami semua bergerak ke  bandar Potsdam yang terletak kira-kira 30 km dari Berlin. Disana kami cadang untuk lihat Tulip Festival yang sedang berlangsung pada minggu tersebut tapi tak banyak bunga tulip yang ada. Yang di tunjukkan cuma adalah budaya dari Holland.

Kami kemudiannya bergerak pula ke Volkspark yang berhampiran untuk lihat kalau-kalau ada tulip tapi tulip dan bunga-bunga lain masih belum bercambah lagi. Mungkin masih terlalau awal walaupun di tempat-tempat lain, bunga-bunga semuanya dah kembang.
   









3 comments:

nkhairiah said...

bestnyerr aiman ngn papa p jln2..

aim_abdullah said...

Tak terpikir waktu tu nak buat wall paper plak... Tunggu lain masa le .. hahhaa

aim_abdullah said...

Jalan-jalan biasa aje dengan family members dari pejabat selepas sekian lama berselimut di rumah sebab musim sejuk

Post a Comment