Tuesday, May 17, 2011

Ke Klinik pada bulan Mei

Aiman kena pi ke klinik lagi pada 13 Mei lepas untuk keperluan pemeriksaan dan juga untuk suntikan. Cuma satu aje suntikan tapi ada macam-macam ubat dalam tu seperti mana tercatit di buku rekod kesihatan Aiman dan ianya termasuklah tetanus, poliomyelitis, pertussis, diptherie dan haemophilus influenzae b. Nasib baik satu suntikan aje kalau kena lima kali suntikan, mahu parah tu!!

Doktor kata tahap perkembangan dan kesihatan Aiman adalah normal. Ketinggian Aiman adalah 7.35 cm, berat badan 9.20 kg dan lilitan kepala 46.5 cm. Setakat ini, Aiman dah bleh merangkak dengan lajunya, berdiri dan berjalan dengan bantuan "walker', dah tumbuh dua batang gigi "rabbit" dan dah bleh panggil Papa 

Doktor kata pemeriksaan dan lawatan ke klinik akan dilakukan lagi pada 10 Jun 2011.



0 comments:

Post a Comment