Friday, December 9, 2011

Sebelum & Selepas


Semalam 7hb. December, Aiman ke klinik lagi tapi kali ini untuk membuka jahitan di hidung sebab doktor kata jahitan perlu di buka semula selepas seminggu. Ramai pulak pesakit kanak-kanak di klinik pada waktu tu dan hampir kesemuanya mengalami demam selsema. Biasa lah sekarang ini musim sejuk. Tapi Aiman tak perlu tunggu lama sebab dah ada temu janji terlebih awal.
amacam! ble buat calon menantu tak !


Alamakkkk...... sakitnya. Doktor yang buka jahitan tu kasar le. Berdarah balik luka hidung Aiman bila dia tarik benang jahitan tu. Dah lah kena pegang supaya Aiman tak meronta. Nasib baik tak lama sangat. Kalau tidak mahu terkencing rasanya. Satu klinik dengar suara Aiman menangis dan menjerit.

Tinggallah kenangan tragis Maal Hijrah....

Gambar-gambar bawah ni adalah beberapa keping gambar sebelum digunting rambut, selepas gunting rambut dan selepas surgeri hidung. Gambar lepas surgeri dilain kali lah yer.... hehehehe... tapi hidung Aiman sama aje ...tak tinggi pun.







0 comments:

Post a Comment