Thursday, February 16, 2012

Jalan-jalan ke Wernigerode, B5 Outlet Shops & Berlin East Side Gallery

Papa ambil cuti sehari untuk bawa tetamu dari Malaysia dan Mesir melawat kawasan luar dari Berlin. Kami semua bertolak dari Berlin pada jam 10.30 pagi. Keluarga Auntie Shima ikut sekali menjadikan rombongan "cik Kiah" kami semua lebih meriah. Desitnasi kami adalah ke Wernigerode di Saxony-Anhalt dimana terletaknya kawasan pergunungan Harz dan jaraknya kira-kira 270km dari Berlin.

The Harz Mountains have been a region of forests, myths, and literary legend for centuries--and Wernigerode, a town of 34,000 in the foothills of the Harz, has long been a popular gateway to Northern Germany's most mountainous area.







Bandar Wernigerode ini juga mempunyai satu keunikan iaitu terdapat banyak nya patung-patung "witches" kelihatan di kedai-kedai dan sebagainya.


Perancangan awalnya adalah untuk menaiki keretapi lama ke pekan Brocken diatas bukit, tetapi ianya terpaksa dibatalkan disebabkan oleh suhu yang mencecah -20 darjah Celcius serta juga salji yang turun pada malam sebelumnya. Jadi kami terpaksa menukar perancangan dan sebaliknya bergerak ke B5 Outlet Shops sebab Bibik dan Kak Dibah dan kawan-kawan masih berhasrat untuk "menyopping".



Aiman pun "menyopping" gak tapi bola aje.... hahaha

Dari B5 Outlet Shops, kami ke Berlin East Side Gallery yang menjadi satu tarikan setiap pengunjung ke Berlin ini. The East Side Gallery is a 1.3 km-long painted stretch of the former Berlin Wall along the Mühlenstrasse in former East Berlin. It is the largest open-air gallery in the world with over one hundred original mural paintings.



0 comments:

Post a Comment