Tuesday, May 29, 2012

Babelsberg Film Park, Potsdam

Babelsberg Film Park terletak kira-kira 25 km dari Berlin dan ianya merupakan pusat pengambaran filem walaupun ianya tidaklah terkenal seperti Hollywood Studios di Amerika. "The Babelsberg Film Studio, located in Potsdam-Babelsberg, Germany, is the oldest, large-scale, film studio in the world. Founded in 1912, it covers an area of about 25,000 square metres"(wikipedia). Itu bermakna studio tersebut dah berusia 100 tahun. 

Peta keseluruhan Babelsberg Film Studio

Kami di situ cuma selama hampir 3 jam sahaja disebabkan cuaca pada hari tersebut sejuk dimana suhu nya turun ke lingkungan 8 darjah walaupun dah musim bunga (spring). Kami berkesempatan untuk melihat pertunjukan "stunt' yang diadakan bagi pengunjung ke studio tersebut - acara tembak menembak, pergaduahn serta letupan. Menarik juga dapat lihat aksi-aksi "stuntman" dan "stuntwomen" melakonkan babak-babk cemas tu.

Difahamkan banyak juga filem-filem antarabangsa selain dari filem-filem tempatan yang telah menggunakan lokasi di Babelsberg Film Studio ini untuk pengambaran. Diantaranya termasuklah: 
Valkyrie lakonan Tom Cruise, The International lakonan Clive Owen, and The Reader lakonan Kate Winslet serta juga filem Quentin Tarantino's Inglourious Basterds (released 2009) dan Roman Polanski's The Ghost Writer (2010).

Buat kenangan, inilah gambar-gambar Aiman semasa lawatan ke  Babelsberg Film Park itu.











Aiman pasti kunjungan tersebut akan lebih menarik seandainya cuaca tidak begitu sejuk pada hari itu .........

0 comments:

Post a Comment