Showing posts with label raya aidiladha. Show all posts
Showing posts with label raya aidiladha. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Hari Raya Aidil Adha 2011


Ini pengalaman Aiman menyambut hari raya Aidiadha di Malaysia. Seronok sangat sebab ramai saudara mara. Aiman tidak pergi ke masjid sebab Aiman masih kecik lagi dan belum baligh. Tapi Aiman pakai baju Melayu jugak - baju Melayu dan songkok tinggi Johor.



Aiman dan "Appu" Malaysia

Adam sedang merajuk
Pada raya kali ini, Aiman dapat juga peluang untuk melihat cara-cara lembu dikorbankan. Yang di gambar tu adalah lembu yang dikorbankan oleh Bibik dan Ayah. Pada sebelah malam nya Ayah dan Bibik mengadakan kenduri kesyukuran.


Lembu yang dikorbankan

Selepas kenduri

Saturday, November 20, 2010

Beraya di Berlin

Buat pertama kalinya Aiman beraya di perantauan bersama Papa dan keluarga kedutaan di Berlin. Disebabkan hari raya jatuh pada hari kerja di Germany ini, jadi taklah ramai yang datang untuk sembahyang raya dan menghadiri majlis jamuan yang diadakan. Namun, ianya tetap kami rayakan juga dan seronok juga rasanya beraya di perantauan. Dapat jumpa dan kenal dengan keluarga kedutaan yang lain di majlis tersebut. 
Ni gambar-gambar Aiman dengan the Malaysian ladies di majlis tersebut: