Saturday, November 13, 2010

Babai Abah

Setelah hampir tiga minggu di Berlin, tiba le masanya untuk abah pulang ke Malaysia pada 12 November. Kami menghantar abah ke Hamburg Airport untuk mengambil pesawat Emirates. Terima kasih pada abah kerana menjaga Aiman selama tiga minggu di Berlin dan juga kepada mak ynag membesarkan Aiman sejak Aiman dilahirkan. Insyaallah jika murah rezeki papa, Aiman dan papa akan pulang bercuti pada tahun hadapan. Bila balik Malaysia nanti dapatlah jumpa semua saudara mara ..... Buat sementara waktu ini, Aiman akan membesar dengan kasih sayang papa di Berlin .....




Doa kami yang tinggal semoga abah selamat sampai ke Malaysia. Salam sayang dari Aiman buat semua di Malaysia ......

1 comments:

aim_abdullah said...

Golf tu dah kira secondary lah. Lagi pun le ni musim sejuk mana bleh gi course. Ketar-ketar nanti nak pukul bola tu....

Post a Comment