Thursday, November 4, 2010

Jalan-jalan ke Bansin, persisiran pantai Lautan Baltic

Aiman pi jalan-jalan ke Bansin, kawasan pantai yang terletak kira-kira 250 km dari Berlin pada hujung minggu dari 30 - 31 Oktober 2010. Cuaca walaupun sejuk tapi dengan adanya matahari jadi tidak terasa sangat sejuknya walaupun suhu pada waktu itu puratanya dalam lingkungan 10 darjah Celcius di siang hari. Perjalanan ke Bansin itu hanya mengambil masa 3 jam sahaja dan kami sampai dalam jam 2.30 ptg.  Di Bansin, kami menginap di Park Hotel. Setelah mengambil cuti bilik hotel, kami pi jalan-jalan di pantai. Tidak terlalu ramai orang pada waktu itu kerana ianya bukan musim panas.

Keesokkannya kami bertolak meninggalkan hotel, selepas sarapan pagi, menuju ke Heringsdorf dan Ahlbeck yang juga terletak di persisiran pantai Laut Baltic. Dan seterusnya ke Berlin .... Kami tiba di rumah dalam jam 3.00 ptg.








0 comments:

Post a Comment