Saturday, September 3, 2011

Aiman dan Aidilfitri 2011


Sempena Syawal ini, Aiman mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat HAri Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin pada semua ahli keluarga dan kawan-kawan yang mengenali diri Aiman ini. Kalau nak bagi duit raya kena tunggu lah sampai Aiman ikut Papa balik bercuti nanti. Jadi simpan lah dulu duit tu ye! .... hehhehehe.

Aiman bangun pagi dan bersiap untuk ke Pejabat Papa untuk Majlis Sembahyang Sunat Aidilfitri. Buat pertama kali Aiman pakai baju Melayu dan bersongkok. Papa kata Aiman nampak segak sekali.
Bagi kami di Berlin ini, kami tetap merayakan kehadiran Syawal dengan sempurnanya. Dimulakan dengan sembahyang sunat Aidilfitri yang mana Abah menjadi imam. Lepas itu pejabat Papa mengadakan Majlis Open House. Dimajlis tersebut, Aiman dapat jumpa ramai kawan-kawan Papa dan tetamu-tetamun yang lain.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

1 comments:

nkhairiah said...

hensem aiman berbaju melayu.. :)

Post a Comment