Saturday, September 3, 2011

Outing ke Zoo Berlin


Pada minggu terakhir Ramadhan, Papa bawa Aiman melawat ke Berlin Zoo yang terletak ditengah-tengah bandar Berlin. Cuaca yang nyaman dan tidak begitu panas amat sesuai untuk jalan-jalan. Banyak binatang yang terdapat di zoo tersebut dan diantaranya termasuklah singa, polar bear, gajah, singa laut, pelbagai jenis burung dan lain-lain lagi.


Yang menariknya di zoo Berlin ini terdapat satu bahagian untuk kanak-kanak dimana terdapat haiwan yang jinak seperti kambing dilepaskan untuk bermain dengan kanak-kanak. Ada seekor kambing tu datang dekat ke Aiman walaupun Aiman tiada apa-apa makanan untuk dia.


0 comments:

Post a Comment