Babelsberg Film Park terletak kira-kira 25 km dari Berlin dan ianya merupakan pusat pengambaran filem walaupun ianya tidaklah terkenal seperti Hollywood Studios di Amerika. "The Babelsberg Film Studio, located in Potsdam-Babelsberg, Germany, is
the oldest, large-scale, film studio in the world. Founded in 1912, it
covers an area of about 25,000 square metres"(wikipedia). Itu bermakna studio tersebut dah berusia 100 tahun.
![]() |
Peta keseluruhan Babelsberg Film Studio |
Kami di situ cuma selama hampir 3 jam sahaja disebabkan cuaca pada hari tersebut sejuk dimana suhu nya turun ke lingkungan 8 darjah walaupun dah musim bunga (spring). Kami berkesempatan untuk melihat pertunjukan "stunt' yang diadakan bagi pengunjung ke studio tersebut - acara tembak menembak, pergaduahn serta letupan. Menarik juga dapat lihat aksi-aksi "stuntman" dan "stuntwomen" melakonkan babak-babk cemas tu.