Wednesday, May 2, 2012

Ke Slubice, Poland

Pada minggu terakhir April, Aiman ke Slubice iaitu bandar di Poland yang bersempadan dengan Germany, Ianya terletak kira-kira 120 km dari Berlin dan perjalanan cuma mengambil masa lebih sedikit dari 1 jam sebab banyak kenderaan di lebuhraya terutama sekali kenderaan berat. kami ke sana saja aje jalan-jalan dan untuk melihat keadaan di negara jiran Germany. 

Jika dibandingkan dengan Germany dengan Poland, memang ketara perbezaan dari segi keadaan sekeliling. Tampak nyata yang pembangunan ekonomi Poland agak ketinggalan dari Germany. Tidak banyak gambar yang dapat dimuatkan sebab tidak dibenarkan bila hendak bergambar di bazaar yang keadaannya hampir sama dengan sempadan Malaysia-Thailand (Bukit kayu hitam)







0 comments:

Post a Comment