Monday, November 22, 2010

Trip ke Frankfurt

Papa bawa Aiman ke Frankfurt pada petang hari raya sebab Papa ada urusan di sana. Sepanjang perjalanan hari hujan dan cuaca sejuk malahan lebih sejuk dari Berlin. Aiman tak sempat jalan-jalan di Frankfurt sebab program Papa padat. Lagi pun cuaca sejuk dan berangin untuk kemana-mana. Insyaallah lain kali, Aiman dan Papa akan ke Frankfurt bila cuaca tak sejuk.  


Saturday, November 20, 2010

Beraya di Berlin

Buat pertama kalinya Aiman beraya di perantauan bersama Papa dan keluarga kedutaan di Berlin. Disebabkan hari raya jatuh pada hari kerja di Germany ini, jadi taklah ramai yang datang untuk sembahyang raya dan menghadiri majlis jamuan yang diadakan. Namun, ianya tetap kami rayakan juga dan seronok juga rasanya beraya di perantauan. Dapat jumpa dan kenal dengan keluarga kedutaan yang lain di majlis tersebut. 
Ni gambar-gambar Aiman dengan the Malaysian ladies di majlis tersebut:




Saturday, November 13, 2010

Babai Abah

Setelah hampir tiga minggu di Berlin, tiba le masanya untuk abah pulang ke Malaysia pada 12 November. Kami menghantar abah ke Hamburg Airport untuk mengambil pesawat Emirates. Terima kasih pada abah kerana menjaga Aiman selama tiga minggu di Berlin dan juga kepada mak ynag membesarkan Aiman sejak Aiman dilahirkan. Insyaallah jika murah rezeki papa, Aiman dan papa akan pulang bercuti pada tahun hadapan. Bila balik Malaysia nanti dapatlah jumpa semua saudara mara ..... Buat sementara waktu ini, Aiman akan membesar dengan kasih sayang papa di Berlin .....




Doa kami yang tinggal semoga abah selamat sampai ke Malaysia. Salam sayang dari Aiman buat semua di Malaysia ......

Friday, November 12, 2010

Tengok TV

Aiman suka tengok TV tapi cuma cartoon dan iklan aje. Yang lain tak menarik bagi Aiman ...hehehe...



Wednesday, November 10, 2010

Lena dalam kesejukan

Keadaan cuaca di Berlin dan di rumah semakin sejuk. Walaupun masih di musim luruh (autumn) tapi cuacanya adakala sampai juga ke tahap 3darjah Celcius. Ni ditambah pula dengan angin kuat dan hujan.  Tapi alhamdullilah le dalam rumah ada pemanas jadi kurang sejuk sikit, Tapi ada masalah lain plak...hidung Aiman gatal-gatal sebab kering. Jadi papa beli dan pasang dehumidifier dan juga letak kain basah di heater....

Tuesday, November 9, 2010

Tahap Kemajuan

Sejak seminggu lalu, abah asyik mendesak aiman untuk melakukan aktiviti lasak....ader ker abah "mendidik" aiman untuk meniarap.... penat rasanya minggu ni.... TAPI kan... pada hari ini 8 November, 2010, jam 10:23 malam aiman dah boleh meniarap tau....ihihih tengok la bidio ni...


PTK 1




PTK 2

Monday, November 8, 2010

First Meal


Tarikh 6 November penting tu bagi Aiman sebab aiman mula cuba makanan selain dari susu. Tapi sebelum tu abah ada bagi Aiman cuba makan kacang yang telah dikunyah halus. Hahhaa..mak marah bila tahu tentang tu. Tapi 6 November tu, kira Aiman makan makanan yang telah disediakan dalam botol, berperisa epal (sedap ....... habih setengah botol)


Jalan-jalan di Alexanderplatz

Aiman pi jalan-jalan ke Alexanderplatz pada hari Sabtu 7 November sebab itu hujung minggu terakhir abah di Berlin. Alexanderplatz ni terletak di tengah-tengah bandar Berlin dan disitu juga ada tower telekomunikasi yang tinggi. Abah ada ambik gambar-gambar untuk kenangan. Cuaca agak sejuk dan hujan renyai, jadi kami tak lama sangat di situ. Lagipun hari semakin cepat gelap dalam musim luruh disini. Jam 4 ptg dah gelap. 




Thursday, November 4, 2010

Jalan-jalan ke Bansin, persisiran pantai Lautan Baltic

Aiman pi jalan-jalan ke Bansin, kawasan pantai yang terletak kira-kira 250 km dari Berlin pada hujung minggu dari 30 - 31 Oktober 2010. Cuaca walaupun sejuk tapi dengan adanya matahari jadi tidak terasa sangat sejuknya walaupun suhu pada waktu itu puratanya dalam lingkungan 10 darjah Celcius di siang hari. Perjalanan ke Bansin itu hanya mengambil masa 3 jam sahaja dan kami sampai dalam jam 2.30 ptg.  Di Bansin, kami menginap di Park Hotel. Setelah mengambil cuti bilik hotel, kami pi jalan-jalan di pantai. Tidak terlalu ramai orang pada waktu itu kerana ianya bukan musim panas.

Keesokkannya kami bertolak meninggalkan hotel, selepas sarapan pagi, menuju ke Heringsdorf dan Ahlbeck yang juga terletak di persisiran pantai Laut Baltic. Dan seterusnya ke Berlin .... Kami tiba di rumah dalam jam 3.00 ptg.








Monday, November 1, 2010

Lawatan ke Klinik

Dalam tempoh seminggu Aiman di Germany ini, Aiman telah ke klinik sebanyak 3 kali.Lawatan pertama untuk tujuan mendaftar serta untuk membuat pemeriksaan ringkas akan tahap kesihatan Aiman serta juga untuk membuat perbandingan keperluan suntikan mengikut pihak Jerman. Lawatn pertama segalanya berjalan lancar dan Aiman tidak perlu di injek. Tapi lawatan kali kedua, Aiman kena injek untuk vaccination "anti-bacteria" Jarum yang doktor gunakan agak besar dari biasa yang digunakan oleh doktor di Malaysia dulu. Terasa sakitnya .... leceh betul le!!

Lawatan ke klinik kali ketiga pula untuk melakukan scanning keadaan punggung (pelvic) Aiman untuk memastikan pertumbuhan tulang yang betul. Macam-macam hal le Jerman ni....